Wednesday, October 7, 2009

11 sebab mengapa SETPOL MB Kelantan patut digugurkan



11 SEBAB MENGAPA ANNUAL BAKRI PATUT DIGUGUR DARI MENJADI SETIAUSAHA POLITIK TOK GURU NIK AZIZ



Artikel ini sebenarnya bertujuan untuk mencari punca sebenar dan penyelesaian Kemelut dalaman politik PAS kelantan yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan.Walaupun sudah hampir 20 tahun PAS memerintah Negeri kelantan di bawah kepimpinan TGNA Kita melihat sentiasa ada krisis dalaman samada kecil atau besar yang sentiasa menganggugugat dan menjejaskan pentadbiran TGNA yang sedikit sebanyak ianya menjadi isu besar yang dimainkan oleh pimpinan UMNO kelantan untuk melemahkan dan menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan


Hasil dari kajian mendalam dan maklumat yang kami terima daripada orang ramai, pegawai-pegawai Kerajaan dan Exco-Exco, punca permasalah sebenar yang membawa kepada kemelut-kemelut yang sentiasa berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan umumnya dan pentadbiran TGNA khasnya ialah SETPOL kepada TGNA sendiri iaitu Saudara Annual Bakri Haron.


Antara maklumat-maklumat sahih yang kami terima mengenai SETPOL MB Kelantan ini adalah seperti di bawah.


1.Memalukan Tok Guru kerana pernah ditampar oleh bekas Ketua Cawangan UMNO Bunut Payong, Cikgu Kadir, di dalam satu majlis kenduri di Bunut Payong kerana menyebut bahawa cikgu itu perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kejadian ini menyebabkan penduduk Kampung Bunut Payong memulaukannya dan memaksa dia berpindah rumah ke Kampung Kota. Mana ada Setiausaha Politik lain yang pernah ditampar oleh orang kampung? Dan tidakkah mengkafirkan orang lain menjadi kesalahan di sisi agama daan undang-undang? Tak percaya tanyalah Cikgu Kadir sendiri, no telefonnya 012-9301521.


2.Bergaduh dengan Setiausaha Akhbar Tok Guru, Ustaz Saiba, sehingga tidak bertegur sapa hingga sekian lamanya kerana dia mengambil teks-teks ucapan Tok Guru yang ditulis oleh Ustaz Saiba dan membukukannya dengan menulis namanya sendiri sebagai penulis. Tinggikah akhlaknya bila tidak bertegur sapa dengan kawan sepejabatnya sendiri? Tinggikah akhlaknya bila menciplak tulisan-tulisan Ustaz Saiba dan orang lain dan mengaku tulisannya sendiri?


3.Bergaduh dengan anakanda Tok Guru, Ustaz Nik Abduh, kerana takut pengaruh Ustaz Nik Abduh ke atas Tok Guru melebihi pengaruhnya. Selain dari salah seorang Exco, dialah yang Ustaz Nik Abduh gelarkan sebagai pembantu ayahandanya yang sesat di dalam blognya dulu. Siapa sahaja yang dirasakan boleh mengancam penguasaan totalnya ke atas Tok Guru akan dicantas olehnya, tidak kiralah mereka itu kawan-kawan sepejabatnya atau kaum keluarga Tok Guru sendiri. Padanya Tok Guru hanyalah miliknya seorang sahaja, bukannya milik orang parti atau kaum keluarga Tok Guru sendiri.


4.Sering tidak menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik, tapi menggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya dan untuk mempopularkan dirinya sebagai penyajak dan penulis. Menubuhkan sebuah syarikat penerbitan menggunakan nama penanya sendiri (anbakri publications). Mana ada Setiausaha Politik lain yang menubuhkan syarikat penerbitan sewaktu masih memegang jawatan Setiausaha Politik. Apakah ini tidak menyalahi tatatertib perkhidmatan?


5.Memberikan gambaran salah masyarakat kepada Tok Guru melalui tulisan-tulisannya yang caca merba tanpa fikrah yang jelas tetapi menggunakan nama Tok Guru. Tidak mempunyai asas didikan agama yang kuat tapi berlagak lebih Islam dari mereka yang bergelar Ustaz. Tidak menghormati Tok Guru dengan hanya menulis “Nik Abdul Aziz” tanpa sebarang gelaran sebagai tajuk buku-bukunya. Imejnya yang selekeh dengan rambut yang panjang dan berserabut tidak bersesuaian dengan imej Tok Guru sebagai MB dan Mursyid Am PAS.


6.Menjatuhkan maruah Tok Guru dengan menjual sendiri buku-bukunya kepada orang ramai dan memaksa Perhubungan PAS Negeri, agensi-agensi kerajaan seperti SEDC atau orang-orang korporat yang rapat dengan Tok Guru membeli buku-bukunya kononnya di atas arahan Tok Guru. Keuntungan dari jualan buku-bukunya itu masuk ke dalam poketnya sendiri. Apakah ini tidak satu akhlak yang sesuai bagi Setiausaha Politik Tok Guru?


7.Terlalu lama menjadi Setiausaha Politik Tok Guru berbanding Setiausaha Politik Tok Guru yang lain. Cikgu Wan Rahim menjadi Setiausaha Politik Tok Guru selama empat tahun sahaja (1990-1994). Haji Husam pula menjadi Setiausaha Politik Tok Guru selama enam tahun sahaja (1994-1999). Tapi dia menjadi Setiausaha Politik Tok Guru sudah sepuluh tahun (dari 1999 sampai sekarang), seolah-olah tiada tokoh lain di dalam PAS Kelantan untuk menjadi Setiausaha Politik Tok Guru.


8.Sering memberikan nasihat politik yang salah dan tak seiring dengan kehendak parti kepada Tok Guru. Ini kerana dia bukan orang parti tapi pegawai tadbir kerajaan pusat (Kementerian Kewangan) yang diimport masuk ke Pejabat MB oleh Haji Husam. Cikgu Wan Rahim dahulu adalah Setiausaha Perhubungan Negeri. Haji Husam pula waktu itu adalah Ketua Pemuda PAS Negeri. Jadi mereka tahu kehendak parti.Dua orang SETPOL sebelum ini ( Husam & Cikgu Wan Rahim) telah diangkat oleh parti dan rakyat menjadi YB di kawasan masing- masing setelah tamat menjadi SETPOL TGNA, tapi tidak dengan Annual Bakri . ini adalah kerana sikapnya dan lagaknya yang tidak sesuai menjadi orang politik dan tidak disukai komuniti politik PAS Kelantan. Jadi penyajak kampung dusun boleh laaa.


9.Tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan orang-orang parti kerana sikapnya yang ego. Sering menghalang orang-orang parti atau orang-orang lain yang mahu menemui Tok Guru dari berbuat demikian tanpa sebab yang nyata. Suka mencantas pemimpin veteran, contohnya Ustaz Halim Rahman. Menggunakan bahasa Inggeris dan ayat-ayat berbunga sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang parti dan orang-orang kampung.


10.Oleh kerana dia dibawa masuk ke Pejabat MB oleh salah seorang Exco , maka tindak-tanduknya sebagai Setiausaha Politik Tok Guru adalah untuk menjaga kepentingan Exco berkenaan bukan untuk menjaga kepentingan Tok Guru. Bukan juga untuk menjaga kepentingan parti kerana dari dulu sampai sekarang dia tahu dia tidak disukai oleh kebanyakan orang parti. Adalah menjadi kebiasaannya untuk berulang alik dari pejabat TGNA ke pejabat Exco itu untuk melaporkan perkembangan terkini hasil dari perbincangan dengan TGNA. Selepas itu rancangannya akan berjalan hasil dari maklumat rahsia yang keluar dari mulut TGNA demi kepentingan Exco itu dan kroni-kroninya.Dalam masa yang sama Exco-Exco lain juga berhak mendapat maklumat seperti Exco itu tetapi dinafikan secara total.

11.
Suka mengambil kesempatan program kerajaan dan parti untuk menonjolkan diri sebagai penyajak ulung di abad ini.Pernah seketika jawatankuasa perakan meluat dengan sikapnya yang mengambil peluang untuk bersajak selepas ucapan kemuncak TGNA pada program perjumpaan di hotel nikko kuala Lumpur.Yang kelakarnya semasa dia bersajak hadirin semua bangun keluar dari dewan kerana frust anti klimaks yang dibuat oleh Annual selepas semangat balik mengundi berjaya dibangkitkan oleh TGNA dan penceramah sebelumnya.Begitu juga dengan program pembelaan palestin di stadium,yang mana beliau mengambil kesempatan untuk bersajak tak kena tempat dan menghuraikan ayat-ayat Alquran yang dibaca oleh qari jemputan. Para ustaz dan ulamak yang hadir pada malam itu menyatakan pekara tersebut tak sepatutnya berlaku dalam majlis tersebut.mungkin kerana keghairahannya (naik syekh ) melihat hadirin yang ramai beliau terus meminta microfon dari pengerusi majlis dan menyampaikan sajak tanpa menghiraukan hadirin yang meluat dengan perbuatannya itu.

Bahagian kedua yang lebih eksklusif dan panas akan menyusul .

2 comments:

  1. wow! satu penulisan yang sama2 kita fikirkan. di harap saudara boleh menampilkan bukti untuk untuk setiap artikel. pada saya memang pelik sikit la setpol tgna yang sorang ni. apa2pun yang saudara tulis ni saya tak akan terima bulat2 tapi boleh untuk difikikan....

    ReplyDelete
  2. Penulis cuba menabur fitnah.Berani buat tuduhan tetapi takut menonjolkan diri!

    ReplyDelete