Thursday, October 8, 2009

Adakah benar seorang Exco Kelantan juga akan dilucutkan jawatan Dato'

Maklumat terkini yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa seorang senator bekas Parti Semangat 46 selepas itu dilantik menjadi Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan seketika sebelum beralih angin menyertai PAS atas jemputan seorang EXCO Kerajaan Kelantan telah dilucut darjah kebesaran Datuknya oleh Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, atas sebab tertentu.

Mengikut sumber sama, turut akan dilucut darjah kebesaran Datuknya oleh Pemangku Sultan Kelantan di dalam masa yang terdekat ini adalah EXCO Kerajaan Kelantan yang membawa masuk senator tersebut ke dalam PAS. Senator ini turut bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di dalam Muktamar Tahunan PAS baru lalu tetapi tewas teruk sebagaimana tewasnya mentornya di dalam usahanya mahu merebut jawatan penting dalam PAS. Kedua-dua senator dan EXCO Kerajaan Kelantan ini bertapak di DUN Salor.

Mengikut sumber, sebab pemecatan pangkat tersebut berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku di Singapura sebelum ini.Mereka berdua dikatakan telah membelakangi prosedur dan tidak menghormati pemangku raja yang juga turut berada di sana.Sedangkan dalam masa yang sama juga MB Kelantan turut berada di sana

Bekas ADUN Salor ini pernah mendakwa ADUN Salor sekarang kerana memfitnah tetapi demi politik mereka sanggup mengetepikan pertelagahan lama. Tidakkah perlucutan darjah kebesaran Datuk pada kedua-dua pemimpin PAS Kelantan ini memberikan satu tamparan hebat kepada PAS Kelantan?

Sejarah membuktikan pemimpin politik yang dimurkai oleh Sultannya tidak akan dapat pergi jauh selepas itu. Untuk mengelakkan ketegangan dan kekusutan berpanjangan antara PAS dan Kerajaan Kelantan dengan Istana Negeri molek benarlah jika kedua-dua pemimpin ini diundurkan segera demi maslahat parti dan kerajaan.. BN tumbang di Kelantan pada tahun 1990 ekoran dibantu kemurkaan Istana Negeri kepada Mohd Yaacob, tidak mungkinkah PAS juga tumbang kali ini jika EXCO Kanan Kerajaan Kelantan ini terus dikekalkan??? Tepuk dada tanya iman...


No comments:

Post a Comment